Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) - 16 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR (N41)

(a) Jawatan : Pegawai Tadbir Gred N41 (1 Jawatan)
(b) Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan : Lembaga Pembangunan Langkawi
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan

Jadual Gaji:
Gred Gaji : N41 
Gaji Minimum : RM2,080.00
Gaji Maksimum : RM9,546.00


2. PEGAWAI UNDANG-UNDANG (L41)

(a) Jawatan : Pegawai Undang-Undang Gred L41 (1 Jawatan)
(b) Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan : Lembaga Pembangunan Langkawi
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perundangan dan Kehakiman 

Jadual Gaji:
Gred Gaji : L41
Gaji Minimum : RM2,418.00
Gaji Maksimum : RM9,607.00


3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (N19)

(a) Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)  Gred N19 (2 Jawatan)
(b) Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan : Lembaga Pembangunan Langkawi
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan 

Jadual Gaji:
Gred Gaji : N19
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00


Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)


Cara Memohon:

Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat https://www.lada.gov.my/jawatan-kosong/ (atau klik link yang admin sediakan di bawah)

 a) Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan seperti berikut:-

i. Kad Pengenalan;
ii. Sijil Kelahiran;
iii. Sijil Berhenti Sekolah;
iv. Sijil Pelajaran Malaysia;
v. Sijil Ijazah dan transkrip; dan
vi. Lain-lain sijil yang berkaitan (kurikulum & kokurikulum) 

Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIMOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)


Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

Permohonan yang ditolak:
  • Tidak disertakan gambar terbaru yang berukuran passport seperti ditetapkan;
  • Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan (salinan kad pengenalan, sijil lahir dan salinan sijil sijil yang berkaitan);
  • Tidak lengkap dan tidak terang;
  • Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
  • Tidak menandatangani borang permohonan; dan
  • Mengemukakan maklumat palsu.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 OKTOBER 2023. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan di talian 04-9600600. 


Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 16 Oktober 2023 (Isnin)





Latar Belakang

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diperbadanankan di bawah Akta Parlimen untuk membangunkan Pulau Langkawi serta memajukannya sebagai Destinasi Pelancongan Antarabangsa.

Ditubuhkan pada 15 Mac 1990 dan diletakkan di bawah tanggungjawab Perbendaharaan Malaysia. Mendapat sokongan daripada YB Menteri Kewangan II dan YAB Menteri Besar Kedah dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah. Mengutamakan pembangunan bersepadu melalui perancangan strategik, amalan pengurusan terbaik dan kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan, industri dan pemimpin masyarakat.