Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tapah (MDT) - 10 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Tapah (MDT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Tapah (MDT)


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 

a) Warganegara Malaysia, dan

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00);


2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan sepertI berikut :

a) warganegara Malaysia, dan

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19:RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau 

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19 RM1,464.80).


3. PEMBANTU AWAM GRED H11

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan sepertI :-

a) warganegara Malaysia, dan

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
(Gaji permulaan ialah pada Gred RM1,493.00); atau 

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1, 493.00); atau

(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji permulaan ialah pada Gred N29 RM1,770.95).


Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Tapah (MDT)


Cara memohon:

1. Pemohon hendaklah memohon secara atas talian dengan melayari laman web https://digital.perak.my mulai 26 Oktober 2023 (Khamis) (admin ada sediakan link di bawah)

2. Pemohon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang salinan dokumen selepas mengisi secara ATAS TALIAN (ONLINE). Pihak Majlis hanya akan menghubungi calon-calon yang layak untuk ditemuduga sahaja. Pemohon yang tidak menerima apaapa jawapan dalam masa (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

3. Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir dan hanya perlu dibawa semasa Sesi Temuduga.

4. Calon-calon yang layak dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan dokumen yang telah disahkan seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-Sijil Persekolahan/Akademik yang telah disahkan dan lain-lain dokumen yang perlu dikemukakan.

PEMAKAIAN DI BAWAH SYARAT- SYARAT SKIM PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN 

1 Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya samada dibatalkan, diganti atau dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. 

i. Kemudahan seperti Cuti Rehat Tahunan, faedah rawatan perubatan, pinjaman, bantuan sara hidup (COLA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan kerajaan yang sedang berkuatkuasa.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 10 November 2023 (Jumaat) 






Latar Belakang

Majlis Daerah Tapah ( MDT ) telah ditubuhkan pada 01 September 1979 dan diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Perak No. PK.PU. 89/24.11.1979 dengan keluasan 14,628 hektar. Ia merangkumi kawasan di kiri dan kanan laluan utama dari sempadan Majlis Daerah Kinta Selatan hingga ke Trolak dan 10 rantai di kiri dan kanan jalan Sungkai / Kampung Menderang, Bidor/Teluk Intan, Tapah/Cameron Highland dan Temoh/Teluk Intan.