Jawatan Kosong 2023 di Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi
Jawatan:
1. PENOLONG AKAUNTAN W29
Syarat-syarat kelayakan:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Mempunyai kelayakan seperti berikut:-
i. Diploma dalam bidang pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
iii. Mahir menggunakan Microsoft Office dan Microsoft Excel; dan
iv. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Deskripsi Tugas:
i. Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan kerajaan mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan.
Kemudahan:
Gaji Minimum : RM1,510.92
Gaji Maksimum : RM5,678.00
Caruman : KWSP dan PERKESO
2. PEMBANTU OPERASI
Syarat-syarat kelayakan:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Mempunyai kelayakan seperti berikut:-
i. Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
Deskripsi Tugas:
i. Menjalankan kerja-kerja memasukkan sijil di dalam sampul pos; dan
ii. Menjalankan kerja penghantaran surat.
Kemudahan:
Gaji Minimum : RM1,216.00
Gaji Maksimum : RM2,983.00
Caruman : KWSP dan PERKESO
Cara Memohon:
a) Calon yang berminat untuk memohon jawatan tersebut perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:
i. Borang Permohonan Jawatan;
ii. Curriculum Vitae / Resume;
iii. Salinan sijil PMR/SPM/STPM/DIPLOMA/IJAZAH atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; dan
iv. Sijil Vaksinasi
Semua permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada:
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP)
Aras 6, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Digital
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
ATAU
Email ke pengambilan@pdp.gov.my
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.
Join Media Sosial Kami : Klik Sini
Close date : 16 Oktober 2023 (Isnin)
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yang ditubuhkan pada 16 Mei 2011 selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-undang berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) iaitu Akta 709.
Post a Comment
Post a Comment