Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 1 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP)


Jawatan Akademik:

1. PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS51/DS53/VK7

Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(d) Memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS51: RM5,855.00).


Mempunyai kemahiran dalam bidang:

1) Occupational Safety and Health

Klasifikasi Bidang:

1. Occupational Safety (Transportation, Marine, Offshore Construction, Radiation, Business Continuity,
Emergency Response) - TETAP

2. Occupational Safety Management (Industrial Psychology, Ethics, Leadership, Human Resource
Management, Return to Work) - KONTRAK

Syarat Tambahan :

1. Mempunyai pengalaman industri dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

2. Keutamaan kepada calon yang mempunyai kompetensi dalam bidang berkaitan yang diperakukan
oleh badan-badan yang diiktiraf.


Jawatan Pentadbiran:

1. PEREKA B41
Tangga Gaji RM2,095.00 (Minimum) - RM9,587.00 (Maksimum)

2. PEREKA B29
Tangga Gaji RM1,499.00 (Minimum) - RM5,679.00 (Maksimum)


* Sila rujuk arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 01 November 2023 (Rabu)







Jawatan Kosong 2021 di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Latar Belakang

Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula dengan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) yang beroperasi di sebuah kampus yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999. Penubuhan Universiti ini adalah hasil daripada cetusan idea Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang mana ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat, KUKTEM telah berpindah ke kampus sementara yang lebih besar dan kondusif di Bandar MEC, Gambang pada 24 April 2003. Kampus yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat Bandar Kuantan ini mempunyai keluasan 65,000 m² dan terletak di lokasi strategik yang berhampiran dengan Lebuh Raya Pantai Timur, zon perindustrian kimia, petrokimia, pembuatan, automotif dan juga bioteknologi bagi Pahang.