Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Selangor (UNISEL) - 24 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Selangor (UNISEL) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Selangor (UNISEL)


Jawatan:

1. PENSYARAH (DS45)

Jabatan : Diagnostik Perubatan
Status : Lantikan Secara Kontrak (1 Tahun)


Syarat Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur 23 tahun ke atas pada tarikh lantikan jawatan;

3. Mempunyai Ijazah Sarjana (CGPA 3.0 ke atas) dalam bidang Sains Bioperubatan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

4. Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang berkaitan merupakan satu kelebihan;

5. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

6. Berpengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan atau yang setaraf dengannya; dan

7. Berpengalaman mengajar kursus hematologi / sains transfusi dan bank darah / sitopatologi / histopatologi / immunologi dan serologi di institusi pengajian tinggi merupakan satu kelebihan.


Tatacara Memohon:

a) Calon yang berminat hendaklah mengemukakan Borang Permohonan beserta gambar berukuran pasport terkini, sijil-sijil yang telah disahkan dan Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat berikut :

i. Maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan, keluarga, alamat surat menyurat, nombor telefon dan email untuk dihubungi;

ii. Maklumat pendidikan dan pengalaman kerja;

iii. Anugerah dan hadiah yang diterima di mana-mana peringkat termasuk di peringkat antarabangsa;

iv. Sumbangan-sumbangan kepada komuniti masyarakat / penduduk setempat / kariah dan sebagainya.

b) Permohonan perlu dihantar ke alamat berikut :

Pengarah Pentadbiran & Sumber Manusia
Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan
Kampus Bestari Jaya
45600 Bestari Jaya ,Selangor
Tel : 03-3280 5058 / 03-3280 5077

c) Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat.

d) Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 24 November 2023.

e) Lain-lain:

i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan pada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

iii) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.


Tarikh Tutup Permohonan : 24 November 2023 (Jumaat)


Join Media Sosial Kami : Klik Sini

* Sila rujuk arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.




Jawatan Kosong di Universiti Selangor (UNISEL)

Latar Belakang

Universiti Selangor (UNISEL), formerly known as Universiti Industri Selangor was established on 23rd August 1999. We are currently operating at two campuses; the sprawling 1000-acre Main Campus in Bestari Jaya and the City Campus in Shah Alam. Our establishment is in line with the State Government's intention to make Selangor the leading regional education hub.

Selangor plays an active role in the delivery of higher education programmes in order to enhance the development of human capital excellence. As one of the earliest private institutions of higher learning (IPTS) in Malaysia, UNISEL is unique as it is Malaysia's first state-owned university.