Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) - 6 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).


Jawatan:

1. JURUTEKNIK

Taraf Jawatan : Kontrak
Penempatan:
i)Bahagian Pentadbiran & Kejuruteraan (Wisma PKPS, Shah Alam, Selangor)

Gred & Jadual Gaji:
Gred T1 - Minimum : RM 2,271.00
Gred T2- Minimum : RM 1,500.00

Nota: Gaji minimum K2 tertakluk kepada Perintah Gaji Minimum 2022 yang berkuatkuasa mulai 1 Mei 2022 di seluruh Negara

Elaun-Elaun:
i) Elaun Sara Hidup
ii) Elaun Rumah
iii) Elaun Anak
iv) Elaun Telefon


Cara Memohon:

Surat Permohonan (sila nyatakan jawatan yang dipohon) resume dan salinan-salinan sijil berkaitan boleh diemailkan ke kerani@pkps.gov.my atau dihantar ke alamat berikut :-

PKPS MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD.
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Tingkat 10, Wisma PKPS
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14
40675 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(U/P: Puan Majidah Binti Mohd Said)
No. Telefon : 03-5650 2400


Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)


Catatan Am:
 
(a) Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

(b) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

(c) Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh berikut:

i) selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau

ii) selepas 3 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga).

(d) Jika layak dipanggil temuduga tuan/puan perlu membawa (Sijil Asal & salinan):

i) Kad Pengenalan

ii) Sijil Kelahiran

iii) Sijil Berhenti Sekolah

iv) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/ Penilaian Menengah Rendah (PMR)

v) Sijil-sijil lain yang berkaitan

vi) Sekeping gambar berukuran pasport

vii) Salinan Kad Pengenalan suami/isteri dan salinan Sijil Kelahiran anak-anak (bagi calon yang telah berkahwin)

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 06 November 2023 (Isnin)





Info PKPS

Lembaga Pinjaman Padi Negeri Selangor (LPPNS) telah ditubuhkan pada tahun 1966 dan berperanan untuk menebus tanah-tanah sawah, memberi pinjaman kepada petani-petani untuk membeli tanah-tanah sawah dan memberi pinjaman bagi pembelian jentera untuk kegunaan di sawah-sawah. LPPNS telah dibubar dan digantikan dengan penubuhan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS). PKPS ditubuhkan pada 2 Januari 1972 di bawah Enakmen No. 12 1972 (pindaan 1976,1982 dan 2005) dan bermula beroperasi pada 1 Mac 1973. PKPS bertanggungjawab untuk memajukan industri perladangan dan asas tani bagi meningkatkan pembangunan sosio ekonomi Negeri Selangor disamping menjalankan projek-projek komersil untuk faedah rakyat.

Walaupun nama telah ditukar namun aktiviti berkenaan penanaman padi masih diteruskan. Pada masa yang sama, PKPS turut terlibat dalam projek-projek pertanian komersil dan program pembangunan ladang kelapa sawit untuk rakyat negeri Selangor seperti Rancangan Revolusi Hijau Bukit Cherakah, Rancangan Tanah Terbiar Kachong Darat dan Rancangan Tanah Belia Busut. PKPS dalam tempoh 2010 hingga 2014 adalah ke arah mengembangkan aktiviti komersil dengan memperluaskan kawasan penanaman kelapa sawit, tanaman getah, pengeluaran buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, tembikai, betik, jambu batu, rambutan, pulasan dan lain-lain lagi. Projek ternakan ayam berteknologi tinggi, projek ternakan tenusu lembu dan projek ternakan ikan air tawar. Pengembangan aktiviti ini adalah sebagai sumbangan kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri Selangor.