Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) - 16 November 2023 [213 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2023 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS)


Jawatan:

1. OPERATOR WAYARLES GRED N19 - 8 Kekosongan

2. PEMBANTU PENILAIAN GRED W19 - 3 Kekosongan
 
3. PEMBANTU LAUT GRED A19 - 3 Kekosongan

4. JURURAWAT MASYARAKAT GRED U19 - 3 Kekosongan

5. JURUTERA (AWAM) GRED J41 - 12 Kekosongan

6. JURUTERA (ELEKTRIKAL) GRED J41 - 2 Kekosongan

7. JURUTERA (MEKANIKAL) GRED J41 - 2 Kekosongan

8. JURUUKUR BAHAN GRED J41 - 3 Kekosongan
 
9. ARKITEK GRED J41 - 5 Kekosongan

10. PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA29 - 21 Kekosongan

11. PENOLONG JURUTERA (UKUR) GRED JA29 - 6 Kekosongan

12. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29 - 2 Kekosongan

13. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA GRED JA29 - 6 Kekosongan

14. PEMBANTU PENYELIDIK GRED Q19 - 6 Kekosongan
 
15. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 - 40 Kekosongan
 
16. PEMBANTU AWAM GRED H11 - 57 Kekosongan

17. PEGAWAI HIDUPAN LIAR GRED G41 - 2 Kekosongan

18. PEMBANTU HIDUPAN LIAR GRED G11 - 11 Kekosongan

19. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 - 2 Kekosongan

20. PENYELIA ASRAMA GRED N19 - 1 Kekosongan

21. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 - 5 Kekosongan

22. PEMBANTU AWAM GRED H11 - 3 Kekosongan

23. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41 - 10 Kekosongan


Cara Memohon:

i. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

ii. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

iii. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iv. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

v. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 16 November 2023 (Khamis)




Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS)

Latar Belakang

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) atau pada awalnya dikenali dengan nama The North Borneo (Public Service Commission) Order in Council 1963 telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 Mac 1963 dalam Warta Kerajaan Bil. S43/63. Selepas Negeri Sabah mencapai kemerdekaa melalui penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, maka pewujudan SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) Perlembagaan Negeri Sabah. SPANS.

Pelantikan Ahli-ahli SPANS diperuntukkan di bawah  Perkara 36(1) dan Perkara 36(2) Perlembagaan Negeri Sabah. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah selepas berunding dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah boleh melantik seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada 3 orang tetapi tidak melebihi 8 orang Ahli. Pada masa ini Ahli-ahli SPANS terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 7 orang Ahli.

Bagi melicinkan proses tadbir urus, SPANS di bawah Perkara 37(7) Perlembagaan Negeri Sabah boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. Bagaimanapun tanggungjawab mutlak (ultimate responsibility) masih terletak pada SPANS bagi menentukan perwakilan kuasa itu dilaksanakan dengan teratur.