Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - 30 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)


Jawatan:

1. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19

Gred : 19
Minimum : RM1,418.12
Maksimum : RM4,052.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00
COLA : RM200.00


Syarat Lantikan / Bidang / Kelayakan Khusus:

• Warganegara Malaysia.

• Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

• Pemohon tidak boleh dikalangan pelajar yang sedang mengikuti program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda serta Master dan PhD (Pengajian Sepenuh Masa). Bagi pemohon yang telah habis belajar tetapi belum bergraduat, sila kemukakan salinan surat tamat pengajian.


Deskripsi Tugas:

• Bertanggungjawab sebagai salah seorang ahli kesihatan pergigian yang memainkan peranan dalam pengendalian klinikal pesakit, pendidikan kesihatan pergigian, pengurusan pesakit dan pentadbiran.


2. SKIM PERKHIDMATAN KHAS UNIVERSITI
(PEMBANTU BELIA DAN SUKAN) 19

Gred : 19
Honorarium : RM1,550.00

Had Umur:

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan maksimum berumur 54 tahun.

Syarat Lantikan:

• Warganegara Malaysia.

• Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Tarikh Tutup Permohonan : 30 Oktober 2023 (Isnin)

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

*Sila rujuk iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.





Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Latar Belakang

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun.

Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.