Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Yayasan Islam Negeri Kedah - 13 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Yayasan Islam Negeri Kedah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Islam Negeri Kedah


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR(KESETIAUSAHAAN) N19

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Mempunyai kelayakan seperti berikut :-

i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

ii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

iii.SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80)

d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

e) Calon yang memiliki Sijil Kesetiausahaan dan berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun sebagai Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) diberikan keutamaan.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Ketua Pegawai Eksekutif/pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawaiKumpulan Pengurusan dan Profesional  (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatankesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Ketua Pegawai Eksekutif/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.


*Sila baca maklumat penuh kelayakan dan cara membuat permohonan melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 13 November 2023 (Isnin) Jam 12.00 Tengah hari




Jawatan Kosong 2023 di Yayasan Islam Negeri Kedah

Latar Belakang

Penubuhan Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) bermula dengan hasrat Kerajaan Negeri Kedah untuk mengadakan satu kumpulan wang (tabung) biasiswa Pelajaran Ugama pada tahun 1965. Oleh kerana pada masa itu telah ada Lembaga Biasiswa Negeri Kedah maka perjalanan tabung biasiswa untuk pelajaran agama ditadbirkan di bawah Lembaga Biasiswa Negeri Kedah sehinggalah pada 16hb. November 1975, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan cadangan penubuhan YINK. Enakmen penubuhan YINK iaitu Enakmen Bil. 10 Tahun 1976 dibentang dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman dalam persidangannya pada 23hb. Mei 1976. Enakmen ini diwartakan pada 27hb. Julai 1976.