Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - 21 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29 - 1 Kekosongan
(IMAM II/ PENOLONG PENGURUS) 

2. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL GRED S29 - 10 Kekosongan

3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN GRED C29 - 8 Kekosongan

4. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19 - 4 Kekosongan

5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 - 5 Kekosongan


Cara Permohonan:

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Keluaran 02(10.08.2015) : Pindaan 00. Borang tersebut boleh diperolehi melalui link yang admin sediakan di bawah:

b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan ibu dan bapa serta salinan sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

c) Sila tulis nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat.

d) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah oleh Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas (Gred 41 dan keatas).

e) Permohonan yang berikut akan ditolak/ tidak akan diproses jika :

tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan;
tidak lengkap atau tidak terang;
tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan;
tidak besertakan gambar dan
tidak ditandatangani.

f) Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN


* Sila rujuk maklumat lengkap iklan sebelum membuat permohonan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 21 November 2023 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengahari





Jawatan Kosong 2022 di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan JAIS bertitik tolak daripada keperihatinan Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj terhadap nasib rakyat dalam zaman pemerintahan Jepun dan penularan fahaman komunis yang boleh menjejaskan nilai akhlak serta kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Baginda menitahkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam diwujudkan. Pada 1 Oktober 1945, Jabatan Hal Ehwal Islam ditubuhkan, di mana YM Raja Haji Nong bin Raja Hussin telah dilantik menjadi setiausaha institusi ini. Pejabat sementara pentadbiran ini telah ditempatkan di pejabat Sultan yang terletak berhampiran dengan Istana Kota Klang setelah mendapat restu dan keizinan Baginda. Pembiayaan pengurusan adalah bersumberkan daripada peruntukan diraja.