Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) - 14 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC).


Jawatan:

1. AKAUNTAN GRED WA44

Jadual Gaji:
RM 3,600.00 (Minimum)
RM 10,456.00 (Maksimum)
Kadar Elaun Imbuhan Tetap Perumahan RM400.00
Imbuhan Tetap Keraian RM400.00
Bantuan Sara Hidup RM300.00


Kelayakan Lantikan Terus:

a) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda/tahap pendidikan yang bersesuian;

b) Merupakan ahli penuh Badan Profesional; dan

c) Mempunyai Pengalaman kerja berkaitan dengan tempoh yang ditetapkan.


Syarat Lantikan:

Tahap Pendidikan Ijazah Sarjana Muda

Bidang/ Kelayakan Khusus : Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan : RM 3,600.00
ATAU

Tahap Pendidikan : Badan Profesional
Bidang/ Kelayakan Khusus : lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiaf oleh Kerajaan.
Gaji Permulaan : RM 3,600.00
ATAU

Tahap Pendidikan : Badan Profesional
Bidang/ Kelayakan Khusus : lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia.
Gaji Permulaan : RM 3,600.00
DAN

Kelayakan Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM (Sekurang-kurangnya Gred C)
Kemahiran : Microsoft Words, Power Point, Excel
Tempoh Pengalaman : Mempunyai Lima (5) tahun tempoh pengalaman bekerja dalam pengurusan perakaunan
Kelayakan Khusus :
a) Merupakan Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan (ACCA) dan Ahli MIA; atau
b) Ahli MIA


Deskripsi Tugas:

a) Menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Unit Kewangan dengan merancang, memantau, mengawalselia dan menguruskan kewangan RAC.

b) Memastikan pengurusan kewangan di RAC mematuhi ketetapan Akta Keretapi 1991 dan prosedur/ pekeliling kewangan yang berkuatkuasa yang diterima pakai oleh RAC;

c) Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan RAC termasuk penyediaan akaun dan melaksanakan analisis laporan kewangan serta memastikan penutupan akaun tahunan RAC dilaksanakan secara teratur dan betul;

d) Menyelaras pengurusan aset dan perolehan di RAC berdasarkan prosedur/ pekeliling kewangan yang berkuatkuasa yang diterima pakai oleh RAC;

e) Menyemak dan menyelaras penyediaan garis panduan berkaitan kewangan, tatacara pengurusan aset, perolehan serta tatacara pengurusan kewangan di RAC; dan

f) Memantau dan menyelia prestasi dan disiplin kakitangan bawahannya.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup : 14 November 2023 pukul 12.00 tengah hari.





Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Latar Belakang

Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).