Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negeri Perlis - 15 Disember 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Sukan Negeri Perlis | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Negeri Perlis


Jawatan:

1. WARDEN ASRAMA

Klasifikasi Perkhidmatan : Pelaksana
Elaun Minimum : RM1,650.00


Syarat Lantikan:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 25 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;

c) Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Elaun permulaan ialah: RM1,650.00);

d) Mempunyai pengalaman kerjaya selama dua (2) tahun dalam bidang pentadbiran dan pengurusan;

e) Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

f) Berkemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti penggunaan komputer, internet, media sosial, perisian dan aplikasi komputer akan diberi keutamaan;

g) Boleh menetap di Asrama Majlis Sukan Negeri Perlis secara tetap; dan

h) Bujang atau tidak berkahwin menjadi keutamaan.


Cara Memohon:

1. Semua pemohonan perlu dilaksanakan secara bertulis dengan menyertakan
maklumat dan butiran seperti berikut:-

i. Surat Permohonan atau emel permohonan untuk penjawatan yang dipohon

ii. Borang Permohonan (Lampiran1) yang LENGKAP.

iii. Gambar Terkini Berukuran Passport (Berlatar Warna Biru)

iv. Salinan Kad Pengenalan Malaysia (Wajib)

v. Sijil Akademik SPM (Perlu Pengesahan Penghulu, ADUN, Pengurusan Tertinggi)

vi. Lain-lain Salinan Dokumen/ Sijil Kemahiran yang berkaitan (Perlu Pengesahan Penghulu, ADUN, Pengurusan Tertinggi):

vii. Surat/ Sijil Tamat Persekolahan; (Perlu Pengesahan Penghulu, ADUN, Pengurusan Tertinggi):

2. Semua maklumat beserta dokumen-dokumen yang lengkap seperti berikut diatas beserta dengan Borang Permohonan (Lampiran 1) hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 15 Disember 2023 (Hari Jumaat) melalui e-mel msnperlis@perlis.gov.my ATAU di alamatkan kepada:

PENGARAH
MAJLIS SUKAN NEGERI PERLIS
KOMPLEKS SUKAN TUANKU SYED PUTRA
01000 KANGAR,
PERLIS

3. Pemohonan yang dihantar melalui pos hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di sudut kanan atas sampu surat.

4. Pemohonan yang dihantar melalui emel ke msnperlis@perlis.gov.my perlu dihantar dengan tajuk “Permohonon Perjawatan: Warden Asrama (Kontrak)”.

5. Borang permohonan dan dokumen-dokumen sokongan mestilah dihantar sebelum tarikh tutup seperti berikut:


* Sila baca maklumat lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Disember 2023 (Jumaat)





Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negeri Perlis


Latar Belakang

Menjalankan tujuan majlis untuk memajukan kepentingan sukan negeri, melakukan penyelarasan Persatuan Sukan Negeri dan mentadbirkan wang bagi mencapai tujuan