Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Temu Duga Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - 6 & 7 Februari 2024

Temu Duga Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi menghadiri temu duga terbuka di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)


Jawatan:

MALAYSIA SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAMME (MySTEP)

1. PENOLONG AKAUNTAN - 9 Kekosongan

2. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN - 4 Kekosongan

3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR - 3 Kekosongan

4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) - 8 Kekosongan

5. PEMBANTU TADBIR (KERANI OPERASI) - 6 Kekosongan


Tarikh Temu Duga Terbuka : 06 Februari 2024 (Selasa)

Tempat Temu Duga Terbuka : Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB)
No. 19, Jalan Yaacob Latif (Jalan Tenteram), Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur

Masa Pendaftaran : 8.30 Pagi - 10.30 Pagi



MALAYSIA SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAMME (MySTEP)

1. PEGAWAI PSIKOLOGI - 1 Kekosongan

2. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA - 1 Kekosongan

3. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA - 1 Kekosongan

4. PENOLONG JURUTERA (AWAM) - 3 Kekosongan

5. PENOLONG JURUUKUR (GEOSPATIAL) - 1 Kekosongan

6. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT - 5 Kekosongan


Tarikh Temu Duga Terbuka : 07 Februari 2024 (Rabu)

Tempat Temu Duga Terbuka : Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB)
No. 19, Jalan Yaacob Latif (Jalan Tenteram), Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur

Masa Pendaftaran : 8.30 Pagi - 10.30 Pagi


Umur:
Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tahun 2024.

Syarat Lantikan:
Calon-calon dikehendaki melayari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) untuk menyemak kelayakan dan melihat keseluruhan iklan bagi jawatan di atas.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Dokumen Yang Diperlukan:

Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut semasa Temu Duga Terbuka (Walk-in):

(i) KAD PENGENALAN;

(ii) SIJIL KELAHIRAN;

(iii) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM). SLIP SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TIDAK DITERIMA;

(iv) IJAZAH, DIPLOMA, STPM, STAM, SIJIL MATRIKULASI YANG DIMILIKI;

(v) TRANSKRIP AKADEMIK;

(vi) PENGESAHAN PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN DIPLOMA DARIPADA MQA ATAU MQR;

(i) SIJIL DIGITAL LENGKAP VAKSINASI COVID-19;

(ii) SEKEPING GAMBAR TERBARU BERUKURAN PASPORT.


Temu Duga Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)


Catatan:

(i) Semua dokumen salinan yang dinyatakan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas, Wakil Rakyat / Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawa / Penghulu / Temenggung / Ketua Kampung / Tuai Rumah / Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) / Ketua Kaum / Ketua Masyarakat / Penyelia Pembangunan Mukim (PPM). Pengesahan selain daripada kumpulan yang dinyatakan adalah tidak sah.


Etika Pemakaian:

(a) Mestilah berpakaian kemas, pakaian formal dengan warna yang bersesuaian. Kasut hendaklah bertutup dan berwarna gelap.

(b) Calon lelaki perlu memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah (lengan baju tidak boleh dilipat) dan seluar slack berwarna gelap paras buku lali. Rambut mestilah disikat rapi dan kemas. Sekiranya menyimpan misai atau jambang, hendaklah dicukur/dipotong dengan rapi.

(c) Calon wanita perlu memakai pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masingmasing atau Two/Three Piece Suit. Sekiranya tidak bertudung, rambut hendaklah kemas dan tidak diwarnakan dengan warna selain warna rambut.

(iii) Kegagalan calon menyediakan dokumen dan mematuhi etika pemakaian yang ditetapkan seperti di atas boleh mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Temu Duga Terbuka (Walk-in) ini.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini





Latar Belakang

Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan.

Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972.