Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Islam Selangor (UIS) - 6 Februari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Universiti Islam Selangor (UIS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Islam Selangor (UIS)


Jawatan:

1. JURUTEKNIK AUDIO VISUAL (P/O) (GRED J17)


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1. Warganegara Malaysia; dan

2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3. Mempunyai sekurang-kurangnya sijil seperti berikut:

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; atau

ii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan  atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

iii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

4. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; dan

5. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya (1) tahun dalam bidang berkaitan; dan

6. Bertanggungjawab mengendalikan pemasangan alat audio visual, memberi khidmat kemudahan alat siar raya dan peralatan audio visual, serta menyelenggarakan peralatan alat audio visual.


Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran Universiti Islam Selangor yang dikepilkan bersama-sama ini.

2. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan sijil berikut:-

a. Sijil Kelahiran yang telah disahkan;
b. Kad Pengenalan yang telah disahkan;
c. Ijazah Sarjana Muda/Diploma yang telah disahkan (jika berkaitan);
d. Transkrip Akademik yang telah disahkan (jika berkaitan);
e. Sijil SPM, PMR atau setaraf yang telah disahkan (jika berkaitan);
f. Sijil Berhenti Sekolah Menengah (jika berkaitan);
g. Sijil Kokurikulum;
h. Profil Peribadi/Resume.

3. Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

4. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

5. Sila kemukakan permohonan melalui e-mel vacancy@kuis.edu.my (borang yang dihantar secara hardcopy tidak akan diproses).

6. Calon yang berjaya disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga melalui emel/ panggilan telefon.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan :  06 Februari 2024 (Selasa)


Klik Maklumat Iklan & Borang Permohonan Jawatan


Jawatan Kosong di Universiti Islam Selangor (UIS)

Latar Belakang

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi peneraju tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, UIS berusaha melahirkan Dai, Ulama dan Umarak.