Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) - 5 Januari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF)


Jawatan:

1. JAWATAN : KERANI (JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT)
Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Kelayakan:
• Terdiri daripada Warganegara Malaysia berumur tidak lebih daripada 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
• Memiliki Diploma dalam bidang Pengurusan/Pentadbiran Teknologi daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan/ Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia/Vokasional (SPM/SPMV) atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
• Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM/SPMV;
• Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman dalam bidang Komunikasi Korporat;
• Mempunyai minat dalam bidang pengacaraan, penulisan dan penyuntingan video;
• Berpengetahuan luas dalam aplikasi Microsoft Office;
• Mempunyai perwatakan dan penampilan yang menarik;
• Boleh bekerja dengan pengawasan minimum dan boleh bekerja secara berpasukan; dan
• Bertanggungjawab, jujur, amanah dan proaktif.


2. KERANI RENDAH (PEMANDU)
Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Kelayakan:
• Terdiri daripada Warganegara Malaysia berumur tidak lebih daripada 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
• Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia/Vokasional (SPM/SPMV) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan;
• Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SPMV;
• Mempunyai lesen memandu kelas B2/D/E/E1/E2/F/GH/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
(kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P));
• Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman dalam bidang pemanduan;
• Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan dengan baik;
• Bersedia bekerja pada bila-bila masa mengikut keperluan dan boleh menerima arahan dengan baik;
• Mempunyai sikap kerja yang positif dan boleh bekerja secara berpasukan;
• Bertanggungjawab, jujur dan amanah; dan
• Mempunyai penampilan dan perwatakan yang menarik.


Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi BORANG PERMOHONAN PEKERJAAN yang terdapat di laman web http://www.kpf.my/informasi/kerjaya.html (atau muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah) dan dikemukakan ke alamat seperti berikut:

Jabatan Pentadbiran & Sumber Manusia
Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad
Aras 8, Balai FELDA, Jalan Gurney 1
54000 Kuala Lumpur
Tel: 03-26942095 samb. 119/171
adminhr.kpf@felda.net.my

*Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk temuduga

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh tutup : 05 Januari 2024 (Jumaat)




Jawatan Kosong 2021 di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF)

Company Overview

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di bawah Ordinan Koperasi 1948. Bertujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda. Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni FELDA untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF juga merupakan suatu wawasan dan prihatin FELDA untuk kemajuan warga FELDA.

Hasrat untuk menubuhkan KPF sebagai suatu wadah simpanan, pelaburan warga Felda telah dicetuskan pada Mesyuarat Lembaga FELDA yang ke 102 pada 15 Januari 1980 Yang dipengerusikan oleh Y.M Tan Sri Raja Muhammad Alias. Dengan iltizam yang tinggi pihak pengurusan ketika itu, maka Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di Bawah Ordinan Koperasi 1948(Digantikan oleh Akta Koperasi 1993).