Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kampar (MDK) - 9 Februari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Majlis Daerah Kampar (MDK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Kampar (MDK)


Jawatan:

1. PEMBANTU PENGUAT KUASA KP19 - 3 Kekosongan

Jadual Gaji:
Minimum: RM 1,360.00
Maksimum: RM 4,052.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: -

a) Warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau

iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang _ diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80); dan


Cara Memohon:

a. Semua permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh diperolehi daripada Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kampar atau melayari laman web rasmi Majlis Daerah Kampar di pautan www.mdkampar.gov.my.

b. Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan Kad Pengenalan dan Surat Beranak, Sijil Tamat Sekolah, Sijil Persekolahan, kelulusan akademik serta dua keping sampul surat beralamat sendiri dengan setem RM1.50.

c. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan.

d. Keterangan lanjut mengenai iklan seperti syarat-syarat lantikan boleh didapati di Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia Majlis Daerah Kampar pada waktu pejabat atau melalui telefon 05-4671052, 05-4671059 dan 05-4671027.

e. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:-

Yang Dipertua
Majlis Daerah Kampar,
Kompleks Pentadbiran MDKpr,
Jalan Iskandar,
31900 Kampar,
Perak Darul Ridzuan.

* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah 

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 09 Februari 2024 (Jumaat)





Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Kampar (MDK)

Latar Belakang

Majlis Daerah Kampar (dahulunya Majlis Daerah Kinta Selatan) telah ditubuhkan pada 1.12.1979 apabila berkuatkuasanya Warta Kerajaan Pk.PU 11 bertarikh 24.03.1981.  Dahulunya dikenali sebagai Lembaga Bandaran iaitu cantuman di antara  sebuah Lembaga Bandaran (Kampar) dan tiga buah Majlis Tempatan iaitu Gopeng, Jeram dan Malim Nawar.

Nama Majlis Daerah Kinta Selatan telah ditukar kepada Majlis Daerah Kampar dengan singkatan MDKpr yang telah diluluskan dalam Warta Kerajaan Negeri Perak No. 403 bertarikh 25 Februari 2009.Penukaran ini adalah selaras dengan pengwujudan daerah baru iaitu Daerah Kampar hasil dari pecahan daerah kecil Gopeng dan Kampar daripada daerah Kinta.Perisytiharan Daerah Kampar telah disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Perak No. 586, No. 587 dan No.588 bertarikh 23.04.2009.