Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) - 12 Februari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)


Jawatan:

1. PEMBANTU PENDIDIK TASKA GENIUS PERPADUAN S19

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak
Agensi : Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor
Bilangan Kekosongan : Satu (1)
Tempat Kekosongan : Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor

Jadual Gaji S19 : RM1,352.00 – RM4,003.00

Elaun :
Imbuhan Tetap Perumahan RM300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM95.00
Bantuan Imbuhan Sara Hidup (BISH) RM200-RM350
(mengikut kawasan)


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

4.1 Terdiri daripada Warganegara Malaysia;

4.2 Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

4.3 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat keputusan seperti berikut:

i. Sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu (1) peperiksaan SPM; atau

ii. Sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua (2) peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.

4.4 Keutamaan permohonan adalah bagi pemohon yang menetap di Negeri Selangor sahaja.


Deskripsi Tugas

5.1 Bekerjasama dengan Ketua Pendidik menjaga keharmonian TGP.

5.2 Mengemas dan menjaga kebersihan dapur, tandas serta ruang dalam dan luar TGP.

5.3 Membantu menjaga dan mengasuh anak.

5.4 Membantu melaksanakan program rasmi di peringkat Daerah/ Bahagian/ Negeri.

5.5 Membantu melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan komuniti setempat.


Cara Memohon:

6.1 Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor atau layari laman sesawang https://www.jpnin.gov.my

6.2 Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

6.3 Borang Permohonan lengkap hendaklah disertakan gambar terkini (berukuran passport), salinan Mykad, salinan Sijil Kelahiran, salinan Sijil Berhenti Sekolah, salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Digital Vaksinasi Covid19 serta dokumen-dokumen sokongan yang mana berkaitan dan disusun mengikut turutan.


Borang permohonan perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

PENGARAH
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
NEGERI SELANGOR
TINGKAT 9, WISMA PKPS
PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14
40517 SHAH ALAM


*Sila baca cara mohon melalui link yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 12 Februari 2024 (Isnin)




Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Peranan JPNIN
  • Mendidik masyarakat supaya cintakan perpaduan
  • Memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan  kaum ke arah perpaduan nasional
  • Mewujudkan keharmonian negara
  • Menjalankan kajian untuk mengetahui tahap dan iklim perhubungan kaum
  • Mencadangkan langkah-langkah yang komprehensif dan holistik di dalam mengurus perpaduan negara dan integrasi nasional.