Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perubatan Malaysia -12 Januari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Majlis Perubatan Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Majlis Perubatan Malaysia


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda/ Setaraf Dengannya
Kadar Upah :RM 2,100.00

2. PEGAWAI TADBIR
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda/ Setaraf Dengannya
Kadar Upah :RM 2,100.00

3. PEMBANTU TADBIR
Kelayakan : SPM
Kadar Upah :RM 1,700.00


Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perubatan Malaysia


Skop Kerja:

1. Pegawai Tadbir (BDHA)

1) Menyelaras penyampaian dan penyaluran maklumat rasmi MPM kepada pihak luar.

2) Menyelaras dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi program, aktiviti dan majlis rasmi MPM melalui penerbitan laporan tahunan, brosur dan liputan bergambar di media sosial, media cetak dan media massa.

3) Menyelaras pelaksanaan pelan media berkenaan publisiti dan promosi bagi dasar dan aktiviti MPM melalui pelantar media sosial.

4) Menguruskan pertanyaan dan maklum balas media berkenaan isu-isu berkaitan MPM di media sosial dan emel rasmi.

5) Memantau kandungan media sosial MPM bagi memastikan maklumat dan kandungan media sentiasa dikemas kini dan maklumat yang disampaikan adalah tepat, betul dan mutakhir.

6) Menghasilkan kandungan media yang terkini dan kreatif dari semasa ke semasa sebagai kandungan di media sosial MPM.


2. Pegawai Tadbir (BPPP)

1) Menyemak dokumen permohonan yang telah diterima untuk dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian.

2) Menyelaras dan menguruskan urusan Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian.

3) Menyediakan minit Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian mengikut keputusan semasa untuk dibawa ke Mesyuarat Majlis.

4) Menyediakan draf Kertas Tambahan dan syor Jawatankuasa Penilaian bagi permohonan bidang kepakaran yang berkaitan untuk dibawa ke Mesyuarat Majlis.


3. Pembantu Tadbir

1) Membantu menguruskan urusan protokol majlis rasmi, mesyuarat, lawatan dan kunjungan hormat pihak luar ke MPM.

2) Membantu menguruskan persiapan dan urusan logistic bagi majlis rasmi, mesyuarat, lawatan dan kunjungan hormat pihak luar ke MPM.

3) Menjadi urus setia berkaitan protokol bagi majlis-majlis rasmi MPM.

4) Membantu menguruskan pesanan makanan bagi mesyuarat jawatankuasajawatankuasa yang berada di bawah MPM.

5) Membantu dalam urusan penempahan hotel bagi Ahli MPM, Ahli Jawatankuasa dan Tetamu Kehormat yang menghadiri majlis rasmi, mesyuarat, lawatan dan kunjungan hormat pihak luar ke  MPM.

6) Membantu dalam urusan perolehan barangan korporat MPM dan cenderahati bagi majlis-majlis rasmi MPM.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 12 Januari 2024 (Jumaat)




Pengenalan

In the course of providing safe and competent health care services for the country, the Malaysian Medical Council was established by an Act of Parliament approved on 27 September 1971 and gazetted on 30 September 1971.