Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) - 2 Februari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR ( KEWANGAN ) GRED : W19

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Perkhidmatan : Sambilan
Kekosongan : Dua ( 2 )
Jadual Gaji : RM54.00 / Sehari


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut;

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan ( Simpan Kira- kira ) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(vi) Keutamaan diberikan kepada calon yang berasal / menetap di Daerah Keningau dan Tuaran/Kota Kinabalu; (vii) Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian ( sekurang-kurangnya Gred C ) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon:

1. Permohonan jawatan hendaklah menyertakan dokumen seperti berikut :

• surat permohonan jawatan
• maklumat peribadi beserta dengan gambar berukuran passport
• kelulusan dan pengalaman bekerja (jika ada)
• sijil-sijil dan lain-lain dokumen yang telah disahkan.

2. Permohonan yang telah diisi lengkap hendaklah diajukan ke alamat:-

Setiausaha
Majlis Ugama Islam Sabah
Tingkat 5, Blok A, Wisma MUIS
88100 KOTA KINABALU

3. Tarikh tutup permohonan ialah pada: 02 FEBRUARI 2024

4. Calon-calon yang berjaya akan dimaklumkan melalui telefon untuk proses temuduga.



* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 02 Februari 2024(Jumaat)




Jawatan Kosong di Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

Pengenalan

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) ialah sebuah Badan Berkanun, ditubuhkan pada Tahun 1971 di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sabah dan pindaan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (EPUI’ 92). Di bawah seksyen 32 EPUI’92 dan Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah Tahun 2004.