Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) - 12 Januari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZWP)


Jawatan:

1. PENOLONG EKSEKUTIF / EKSEKUTIF PEMBANGUNAN WEB DAN APLIKASI - 10 Kekosongan

2. EKSEKUTIF ZAKAT - 1 Kekosongan

3. PENOLONG EKSEKUTIF / EKSEKUTIF MEDIA BARU - 1 Kekosongan

4. EKSEKUTIF KOMUNIKASI KORPORAT - 1 Kekosongan

5. EKSEKUTIF HUBUNGAN STRATEGIK - 1 Kekosongan

6. KERANI AM PUTRAJAYA - 1 Kekosongan


Cara Mohon:

Calon-calon yang berminat sila tulis permohonan yang lengkap dangan menyatakan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport, dan salinan sijil kepada :-

Unit Sumber Manusia
Pusat Pungutan Zakat MAIWP
Wisma PPZ
68-1-6, Dataran Shamelin
Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa
56100 Kuala Lumpur

E-mail : perjawatan@zakat.com.my

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 12 Januari 2024 (Jumaat)



Jawatan Kosong 2022 di Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZWP)

Latar Belakang

Cadangan untuk melaksanakan penubuhan satu agensi yang mengurus zakat secara korporat telah dikemukakan oleh Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar (Allahyarham) kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Yusof Noor.

Ini adalah hasil kesedaran bahawa sistem memungut zakat pada masa tersebut mengandungi beberapa kelemahan. Kelemahan yang ada ialah sistem pentadbiran zakat yang tidak begitu teratur serta tiada penerangan yang terperinci berkenaan dengan cara pengiraan zakat harta di mana tumpuan hanya diberi kepada zakat fitrah serta kekurangan kemudahan pembayaran untuk pembayar.

Setelah kajian komprehensif dijalankan, maka sebuah agensi yang dinamakan Pusat Pungutan Zakat telah ditubuhkan dan bermula beroperasi iaitu melayan masyarakat pembayar zakat pada 27hb. Disember 1990 dengan menggunakan sistem komputer.  Penggunaan komputer untuk urusan memungut zakat adalah satu peristiwa bersejarah kerana belum dilakukan baik di Malaysia atau di negara lain.