Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) - 8 Januari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS)


Jawatan:

1. PEMBANTU PENGUAT KUASA KP19 - 10 Kekosongan


Syarat Lantikan:

⦁ Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

⦁ Warganegara Malaysia kelahiran Selangor atau ibu atau bapa dilahirkan di negeri Selangor atau telah bermastautin di negeri selangor selama lebih 15 tahun serta mendapat pengesahan daripada Penghulu;

⦁ Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

⦁ i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan nya oleh kerajaan; atau (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM 1,360.00)

⦁ bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan; atau 
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM 1,360.00)

⦁ SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau 
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM 1,416.40)

⦁ SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM 1,472.80)


Butiran Permohonan:

Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan gambar terkini berukuran passport (tidak dikembalikan), salinan MyKad, salinan kelulusan akademik, salinan  sijil berhenti sekolah dan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas)/Pengetua/Guru besar/Penghulu sahaja;

Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri                   bahagian atas sampul surat;

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang PTGS/BKP-2023 yang boleh diperolehi melalui laman sesawang http://ptg.selangor.gov.my/ dan sila kemukakan permohonan ke alamat berikut;

PENGARAH
PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR TINGKAT 4,
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN,
BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
40576 SHAH ALAM
(u/p : Unit Perkhidmatan/Perjawatan)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 08 Januari 2024 (Isnin)





Jawatan Kosong 2022 di Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS)

Latar Belakang

Sebelum merdeka Pejabat Tanah dan Galian Selangor terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Apabila Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor berpindah ke Shah Alam dan bangunan yang digunakan adalah Kompleks PKNS pada tahun 1978.

Apabila bangunan Ibu Pejabat Kerajaan Negeri yang ada sekarang iaitu Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempurna dibina dan mula digunakan maka Pejabat Tanah dan Galian Selangor berpindah buat kali yang ketiga. Perpindahan ini berlaku pada bulan April 1983.