Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB) - 21 Januari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Tenaga Nasional Berhad (TNB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Tenaga Nasional Berhad


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (IMAM)

Gaji Tetap (Pembantu Tadbir/Imam) : RM1,600.00 - RM3400.00
Elaun Elektrik : RM85.00
Taraf Jawatan : Dua (2) tahun Kontrak


Syarat-Syarat Kelayakan:
  1. Warganegara Malaysia (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB)
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Diploma Pentadbiran / Diploma Tahfiz Al-Quran (Pengajian Islam) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia (STAM)  atau kelayakan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan (Malaysian Qualifications Agency (MQA) atau Syahadah Tahfiz dari Mahad Tahfiz Al-Quran
  3. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
  4. Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
  5. Boleh bekerja secara bersendirian atau dalam satu pasukan.
  6. Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja sebagai Imam / Bilal

Syarat-Syarat Tambahan:
  1. Jawatan ini memerlukan calon yang berkebolehan untuk menjadi Imam, Bilal, menyampaikan tazkirah sekiranya diperlukan dan boleh mengetuai bacaan yasin dalam majlis-majlis korporat, termasuk juga menyediakan dan mambaca doa.
  2. Berkebolehan dalam membaca ayat-ayat Al-Quran dengan tajwid yang betul berserta tarannum.
  3. Mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer dan penyediaan bahan-bahan komunikasi seperti menyunting video dan penyediaan slide perbentangan.
  4. Selain mempunyai pengetahuan agama yang luas, calon berupaya menguruskan hal hal Pentadbiran pejabat dan surat-menyurat, serta berpengalaman dalam menguruskan majlis-majlis keagamaan.

Nota:

Hanya pemohon yang disenarai pendek dijemput untuk menduduki sesi pemilihan seterusnya.


*Sila rujuk syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh tutup permohonan : 21 Januari 2024 (Ahad)




Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Company Overview

Tenaga Nasional Berhad (disingkatkan sebagai TNB atau didagangkan sebagai Tenaga Nasional; TENA, MYX: 5347) adalah syarikat bekalan elektrik yang terbesar di Malaysia. Aset perniagaannya adalah sejumlah RM 60.0 billion. Bilangan pelanggan adalah lebih 6 juta akaun di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Perniagaannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga adalah pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Talian ini terdiri dari talian 132 kV, 275 kV dan 500 kV.