Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - 30 Januari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)


Jawatan:

1. PEMANDU KENDERAAN H11

Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Skim : Kontrak Skim Lantikan Khas Sokongan Akademik
Penempatan :
1) Kampus Induk Umt Gong Badak
2) Pusat Komunikasi Strategik Umt, Putrajaya


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(d) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2 berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

(e) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. (Imbuhan bulanan permulaan pada: RM1,500.00)


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Tambahan:

3. Adalah menjadi keutamaan bagi calon-calon dengan kriteria berikut:

(a) Bersedia untuk bekerja di luar waktu pejabat.

(b) Bujang.


Penetapan Imbuhan Bulanan Permulaan:

4. Imbuhan bulanan permulaan yang lebih tinggi boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.


Latihan:

5. Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh KetuaJabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 30 Januari 2024 (Selasa)




Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Latar Belakang

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera di samping menyediakan kemudahan penyelidikan untuk pensyarah. Melalui Penstrukturan semula program akademik di UPM, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera telah dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama baru iaitu Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FSGT) mulai Jun 1996. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas (FSSI) dan Pusat Pengajian Matrikulasi (PPM).

Mulai Jun 1996, kampus ini telah diiktiraf (secara dalaman UPM) sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor (designate). Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 5 Mei 1999 telah bersetuju meluluskan cadangan penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) berasaskan Pusat Perikanan dan Sains Samudera Universiti Pertanian Malaysia di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.