Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Tenaga Atom - 14 Mei 2024

Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Tenaga Atom | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Jabatan Tenaga Atom


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM:  STPM/SIJIL MATRIKULASI KPM/DIPLOMA

1. PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C29

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,505.00
Gaji Maksimum : RM5,696.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

warganegara Malaysia;

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat principal dalam subjek Matematik atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau

Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,782.91); atau

Diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12).


Keperluan Bidang:

(Ditetapkan Oleh Ketua Perkhidmatan)

(i) Kimia;

(ii) Kimia Gunaan;

(iii) Kimia Industri;

(iv) Biokimia;

(v) Mikrobiologi; atau

(vi) Teknologi Makmal/ Teknologi Makmal Perubatan


Deskripsi Tugas:

Membantu Pegawai Penyelidik melaksanakan kerja-kerja penyelidikan Sains dan Teknologi Nuklear, merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal, mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala, peralatan khusus, mengawas rekod pembelian peralatan saintifik, membantu aktiviti perhubungan awam berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan penggunaan teknologi nuklear.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Mei 2024 (Selasa)



Pengenalan

Pengawalan ke atas penggunaan benda-benda radioaktif telah dijalankan sejak tahun 1968 lagi apabila Parlimen meluluskan Akta Benda-Benda Radioaktif 1968. Memandangkan perkembangan aktiviti-aktiviti tenaga atom di Malaysia amatlah pesat dan memerlukan pengawalan yang lebih berkesan, maka pada April 1984 Parlimen telah meluluskan Akta Perlesenan Tenaga Atom (Akta 304).