Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) - 7 Mei 2024

Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
(GURU TABIKA PERPADUAN) GRED S29

1.1 Jawatan :Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Guru Tabika Perpaduan) Gred S29
1.2. Taraf Jawatan : Kontrak
1.3. Jabatan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Johor
1.4. Tempat Kekosongan : Tabika Perpaduan Jpnin Johor
1.5. Bil. Kekosongan : Sepuluh (10)

Tangga Gaji:
Minimum : RM1,493.00
Maksimum : RM 5,672.00 

Elaun:
i) Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) – RM300.00
ii) Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM160.00
iii) Bantuan Sara Hidup (BSH/COLA ) : RM350.00 / RM300.00 / RM250.00


Ganjaran:

171/2% - (Caruman majikan dalam KWSP) x gaji akhir (gaji pokok) x jumlah bulan perkhidmatan ditolak dengan jumlah faedah syer kerajaan (majikan) di dalam KWSP bagi tempoh bulan perkhidmatan dengan syarat pegawai menyempurnakan perkhidmatan kontrak ini dengan memuaskan.


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan mestilah memiliki kelayakan seperti berikut:

5.1 Warganegara Malaysia;

5.2 Calon lantikan hendaklah terdiri daripada wanita yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan;

5.3 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)dalam subjek  Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

5.4 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak daripada Institut Pengajian Tinggi Tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (Gaji permulaan Gred S29 : RM 1770.95)


Cara Memohon:

7.1. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di mana-mana Pejabat di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri dan semua Daerah serta laman web rasmi JPNIN.

7.2 Permohonan daripada Pegawai Kerajaan atau yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing – masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21; dan

7.3. Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan (beserta transkrip akademik), cetakan slip pengiktirafan MQA, Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sijil digital vaksinasi COVID-19 dan salinan sijil berhenti sekolah yang diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan ‘A’ atau Gred 41 ke atas sebanyak (dua) 2 salinan ,dan hendaklah dihantar kepada:

Pengarah,
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Negeri Johor,
Tingkat 20, Bangunan KWSP,
Jalan Dato’ Dalam,
80000 Johor Bahru.
( u.p : Unit Perkhidmatan )


*Sila baca cara mohon melalui link yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 07 Mei 2024 (Selasa)




Jawatan Kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Peranan JPNIN
  • Mendidik masyarakat supaya cintakan perpaduan
  • Memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan  kaum ke arah perpaduan nasional
  • Mewujudkan keharmonian negara
  • Menjalankan kajian untuk mengetahui tahap dan iklim perhubungan kaum
  • Mencadangkan langkah-langkah yang komprehensif dan holistik di dalam mengurus perpaduan negara dan integrasi nasional.