Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) - 8 Mei 2024

Jawatan Kosong 2024 di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).



Jawatan:

1. PERSONEL MySTEP


Syarat-Syarat Lantikan:

1. Jawatan : Personel MySTEP

2. Bilangan Kekosongan : Satu (1)

3. Tempoh Kontrak : 01 Jun 2024 hingga 31 Disember 2024

4. Kadar Upah : RM 1,900.00

5. Waktu Bekerja 9 Jam termasuk waktu rehat

6. Kemudahan Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO

7. Penempatan di Unit Kaunseling Keluarga, Pusat Keluarga Shah Alam, Selangor

9. Syarat-syarat Kelayakan:

i. Warganegara Malaysia.

ii. Berumur tidak lebih 30 tahun pada tarikh tutup iklan.

iii. Mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

iv. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

v. Mempunyai perwatakan dan peribadi yang ceria, bersih dari tindakan tatatertib dan undang-uadang

vi. Mahir dalam pengucapan awam dan minat yang mendalam dalam program remaja dan sukarelawan; dan

vii. Mempunyai kemahiran dalam menggunakan media sosial, mereka bentuk poster, sepanduk dan lain-lain berkaitan teknologi ICT.


Deskripsi Tugas:

Penempatan: Pejabat LPPKN Negeri Selangor


1. Merancang dan menyelaras program berkaitan remaja di Negeri Selangor seperti:

i. Mobile KafeTEEN;

ii. KafeTEEN bersama PRS;

iii. KafeTEEN@Pedi;

iv. KafeTEEN@PPAS;

v. Pameran KafeTEEN; dan

vi. Sebagainya.

2. Merancang dan menyelaras program-program Trak KafeTEEN di seluruh Negeri Selangor.

3. Membantu menyelaras program berkaitan remaja di LPPKN Negeri Selangor kerana Pembantu Pembangunan Masyarakat sedia ada terikat dengan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Unit Kaunseling Keluarga dan SKT Klinik Nur Sejahtera (KNS).


Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui myfuturejobs. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Tutorial mendaftar dan memohon ada admin sediakan di sini

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 08 Mei 2024 (Jumaat)




Jawatan Kosong di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Info LPPKN

Untuk mengukuh dan meningkatkan kesejahteraan keluarga melalui program usaha sama yang cekap dan berkesan ke arah melahirkan penduduk yang berkualiti.

Secara ringkas kuasa, fungsi dan tanggungjawab LPPKN seperti yang dinyatakan dalam Akta 352 Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 (Pindaan 2006) adalah seperti berikut:-

Menasihati Kerajaan mengenai perkara-perkara berkaitan dasar dan program kependudukan, pembangunan keluarga, dan reproduksi manusia.