Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - 1 Ogos 2024 [84 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM :  IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN

1. JURUTERA GRED J41 (AWAM) - 59 Kekosongan

Gaji Minimum : RM2,529.00
Gaji Maksimum : RM9,643.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00




KELULUSAN MINIMUM : SIJIL/DIPLOMA

2. PENOLONG JURUTERA GRED JA29 (AWAM) - 25 Kekosongan

Gaji Minimum : RM1,549.00
Gaji Maksimum : RM5,701.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00



Maklumat:

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-



Jawatan Kosong di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia-banyakjawatanmy-SPA

Latar Belakang

Sebelum pembentukan Jabatan parit dan Tali Air (JPT) pada tahun 1932, semua kerja yang berkaitan dengan parit dan tali air menjadi tanggungjawab Jabatan Kerja Raya Malaysia. Ekoran kemerosotan industri timah dan getah pada lewat tahun 1920-an dan keadaan beras yang menjadi semakin runcing di negara ini, Pesuruhjaya Tinggi British pada waktu itu melantik Jawatankuasa Penanaman Padi pada tahun 1930 untuk menentukan "langkah terbaik yang perlu diambil bagi menggalakkan penanaman padi di Tanah Melayu".