Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
💼 Copyright ©
❤️‬ BANYAKJAWATANMY ‪
Bookmark

Jawatan Kosong di Koperasi Tenaga Nasional Berhad - 9 Oktober 2026

Jawatan Kosong 2026 di Koperasi Tenaga Nasional Berhad | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Koperasi Tenaga Nasional Berhad


Position:

1. PEMBANTU SOKONGAN PENGURUSAN RISIKO


Skop Kerja:

• Membantu pelaksanaan aktiviti Pengurusan Risiko harian termasuk pengumpulan, penyelenggaraan dan pengemaskinian rekod risiko organisasi.

• Menyelaras dan mengemaskini Daftar Risiko (Risk Register) termasuk risiko operasi, kewangan, pematuhan dan strategik mengikut garis panduan yang ditetapkan.

• Menyediakan sokongan pentadbiran bagi proses penilaian risiko, pemantauan mitigasi dan semakan berkala risiko.

• Membantu penyediaan laporan risiko berkala untuk rujukan Ketua Unit dan pihak pengurusan.
• Mengurus dokumentasi berkaitan risiko termasuk polisi, SOP, laporan audit, pelan mitigasi dan minit mesyuarat risiko.

• Membantu membuat susulan (follow-up) tindakan mitigasi risiko dengan ketua-ketua unit/jabatan.

• Menyelaras komunikasi berkaitan risiko antara Unit Pengurusan Risiko dengan jabatan lain.

• Membantu penyediaan bahan sokongan seperti slaid pembentangan, bahan latihan kesedaran risiko, poster dan edaran dalaman.


Syarat Kelayakan:

• Minimum SPM / Sijil dalam bidang berkaitan (Pentadbiran, Pengurusan Risiko, atau setara

• Berpengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam pengurusan risiko (diutamakan).

• Berkemahiran menggunakan aplikasi komputer yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

• Mempunyai kemahiran komunikasi, daya kreatif yang baik dalam mengurus pentadbiran risiko.

• Berumur 35 tahun kebawah


Cara Memohon:

Calon- calon yang berminat dipelawa untuk mengemukakan surat permohonan berserta dokumen di bawah :

• Resume

• Salinan sijil-sijil akademik/transkrip

• Salinan kad pengenalan

• Gambar berukuran passport


Cara mohon:

Hantar CV Anda Ke E-mel Kami : hr@ktnb.com.my


Close date : 09 Oktober 2026




Jawatan Kosong 2023 di Koperasi Tenaga Nasional Berhad


Tentang Agensi

Pada awal tahun 1951, mesyuarat pertama diadakan yang dipengerusikan oleh Encik M. Pakianathan, Penolong Akauntan Lembaga Letrik Pusat telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Koperasi khusus bagi kakitangan Lembaga Letrik Pusat yang bergaji bulanan

Penubuhan Koperasi ini telah dipersetujui oleh Encik F.G. Egerton, Pengurus Besar Lembaga Letrik Negara pada masa tersebut.

Permohonan pendaftaran telah dibuat di Pendaftar Pertubuhan Koperasi pada 1hb Ogos 1951.

-->