Jawatan Kosong 2025 di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5
2. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G5
3. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP5
4. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) / PENOLONG JURUTERA JA5
5. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP1
6. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U1
7. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 21 Julai 2025 (Isnin) Jam 5.00 Petang
Majlis Perbandaran Port Dickson telah di isytiharkan sebagai Majlis Perbandaran dengan rasminya pada 2 Februari 2002. Ianya mempunyai kawasan seluas 140.32 km persegi (54.18 batu persegi). Kawasannya dibahagi kepada dua iaitu operasi seluas 35.87 km persegi manakala kawasan kawalan seluas 104.45 km persegi. Keluasan pusat bandar Port Dickson ialah 395.5 ekar atau 160.1 hektar. Sepanjang pantai Port Dickson memaparkan ciri perbandaran peranginan tepi pantai yang serba moden, kawasan pendalamannya pula menggabungkan adunan aktiviti pertanian, perdagangan dan perindustrian.
Dengan kenaikan tarafnya sebagai Majlis Perbandaran, Majlis mendokong bersama misi dan wawasan yang menentukan hala tuju arah pembangunan yang penuh cabaran membangunkan satu identiti unik, tulen dan mempersonakan bagi Port Dickson sebagai destinasi percutian yang tiada tandingannya sambil menyediakan produk kegiatan pelancongan dan aktiviti riadah tepi pantai dan mempertingkatkan kemudahan asas dan awam. Memperkukuhkan ekonomi tempatan menerusi rancangan pembangunan yang dirangka ke arah memanifestasikan Port Dickson sebagai bandar peranginan tepi pantai yang moden dan terkenal.