BANYAKJAWATAN.MY PORTAL KERJAYA NO. 1 DI MALAYSIA

ᯓ★ Latest Jobs

Jawatan Kosong di Koperasi Kakitangan BSN (KOBANAS) - 20 November 2026

Jawatan Kosong 2026 di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad.

Jawatan:

1. PENAKSIR AR-RAHNU

Lokasi: Kuala Lumpur/Selangor


Kelayakan:
  • Diploma/Ijazah dalam Pengurusan Perniagaan, Syariah, Pemasaran atau bidang berkaitan.
  • Pengalaman 1–2 tahun dalam bidang Ar-Rahnu atau pengurusan emas adalah satu kelebihan.
  • Bertanggungjawab, amanah, berintegriti dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.

Sumber Maklumat Jawatan:

Maklumat jawatan kosong ini adalah berdasarkan hebahan pengambilan yang dikongsikan melalui Facebook oleh pihak berkaitan. Calon yang berminat digalakkan untuk merujuk hantaran asal melalui pautan sumber yang disediakan bagi mendapatkan maklumat permohonan yang lebih terperinci.


Tarikh Tutup Permohonan : 20 November 2026



Jawatan Kosong di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad-banyakjawatan
Latar belakang

Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) telah ditubuhkan pada 10 Mei 1993 dibawah naungan BSN dan seliaan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan. Idea Penubuhan koperasi ini telah dicadangkan oleh Yang Berbahagia Pengurus Besar Bank Simpanan Nasional ketika itu iaitu Ybhg. Datuk Mohd Kassa bin Abd. Aziz.

Tujuan utama koperasi ini ditubuhkan adalah untuk membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi kakitangan Bank Simpanan Nasional yang menjadi anggota koperasi ini. Pada masa yang sama penubuhannya juga adalah untuk menggalakkan semangat berkerjasama, membantu diri sendiri, saling membantu di kalangan anggota koperasi dan menggalakkan sifat berjimat cermat. Aktiviti utama KOBANAS sehingga kini adalah merupakan koperasi kredit yang memberikan kemudahan pembiayaan kepada anggota selain dari menjalankan aktiviti perniagaan café dan parking yang telah diamanahkan oleh Pengurusan BSN.