Jawatan Kosong 2022 di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
Latar Belakang
Nama Ampang berasal daripada pembinaan empangan yang dibina dari Bukit Belacan hingga ke kawasan bandar Ampang (pada masa kini dikenali sebagai Ampang Point) oleh pelombong berbangsa Cina untuk kerja-kerja perlombongan bijih timah. Kepelatan sebutan dikalangan orang Cina menyebabkan perkataan 'empangan' menjadi 'ampang'.
Nama Ampang berasal daripada pembinaan empangan yang dibina dari Bukit Belacan hingga ke kawasan bandar Ampang (pada masa kini dikenali sebagai Ampang Point) oleh pelombong berbangsa Cina untuk kerja-kerja perlombongan bijih timah. Kepelatan sebutan dikalangan orang Cina menyebabkan perkataan 'empangan' menjadi 'ampang'.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:
1. ARKITEK J41 - 1 Kekosongan
2. PEGAWAI PENGUATKUASA KP41 - 1 Kekosongan
3. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41 - 2 Kekosongan
4. PENOLONG JURUAUDIT W29 - 1 Kekosongan
5. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA JA29 - 2 Kekosongan
6. PEMBANTU JURUAUDIT W19 - 1 Kekosongan
Cara Membuat Permohonan:
a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang MPAJ 1 (Percuma) yang boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan atau muat turun borang melalui laman web Majlis Perbandaran Ampang Jaya iaitu www.mpaj.gov.my
b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:
i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
ii) Salinan Sijil-sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah;
iii) Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara - (jika berkenaan);
iv) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (jika yang berkenaan);
v) Sekeping gambar ukuran passport (warna); dan
vi) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan.
c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 (Disertakan bersama rekod perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan LNPT yang terkini).
d) Calon-calon yang terpilih akan menjalani Ujian Kecerdasan (IQ Test) dan Ujian Kecergasan (Fitness) (sekiranya ada) sebelum layak dipanggil untuk sesi temuduga.
Penting:
i. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.
ii. Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
iv. Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
v. Slip akuan penerimaan borang permohonan hendaklah diisi dan disertakan dengan setem RM1.50 sen.
vi. Sebarang pertanyaan atau kesulitan sila hubungi talian 03-4285 7040 / 7037.
Semua permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN ARAS 4
MENARA MPAJ
JALAN PANDAN UTAMA
PANDAN INDAH
55100 KUALA LUMPUR
(U.P: BAH. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 02 November 2022 (Rabu)