Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) - 26 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).


Jawatan:

1. PENYELIA

Gred & Jadual Gaji:
Gred S - Minimum : RM 2,582.00 - Maksimum RM 5,256.00
Gred S1 - Minimum : RM 2,257.00 - Maksimum RM 4,698.00
Gred S2 - Minimum : RM 1,500.00 - Maksimum RM 4,008.00

Nota: Gaji minimum S2 tertakluk kepada Perintah  Gaji Minimum 2022 yang berkuatkuasa mulai 1 Mei 2022 di seluruh Negara

1. Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: -

(a) Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Keutamaan diberikan kepada calon lelaki.

(b) Berpengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan;

(c) Kelulusan / Kemahiran:

i)  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

ii)  Memperolehi sekurang-sekurangnya lima (5) kredit termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

iii) Mahir mengendalikan komputer dan perisian Ms Word, Excel dan sebagainya;

(d) Syarat kelayakan Bahasa Melayu:

i) Kredit Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan:

(e) Kriteria Tambahan:

i)  Sihat tubuh badan dan boleh bekerja secara berdikari, berdisiplin, komited, bersedia untuk bekerja lebih masa, boleh bekerja pada hari minggu dan boleh bekerja pada hari cuti Kelepasan Am dan berintegriti.

ii)  Boleh memandu, mempunyai kenderaan sendiri dan lesen memandu (B2 dan D).

(f) Deskripsi tugas:

i) Melakukan kerja-kerja operasi harian outlet seperti merekod dan menyelenggara rekod pembelian dan hasil jualan;

ii) Mengawal stok barang-barang keperluan harian;

iii) Memastikan operasi harian outlet berjalan dengan lancar dan outlet berada dalam keadaan
bersih dan teratur;

iv) Membantu dalam aktiviti pemasaran dan promosi;

v) Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.


Cara Memohon:

Surat Permohonan (sila nyatakan jawatan yang dipohon) dan resume dan salinan sijil boleh diemailkan ke pengurus@pkps.gov.my atau dihantar ke alamat berikut :-

PKPS MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD.
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Tingkat 10, Wisma PKPS
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14
40675 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(U/P: Puan Majidah binti Mohd Said)
No. Telefon : 03-5650 2400


Catatan Am:

(a) Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

(b) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

(c) Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh berikut:

i) selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau

ii) selepas 3 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga).

(d) Jika layak dipanggil temuduga tuan/puan perlu membawa (Sijil Asal & salinan):

i) Kad Pengenalan

ii) Sijil Kelahiran

iii)  Sijil Berhenti Sekolah

iv) Sijil Kelulusan Institusi Pengajian Tinggi

v) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia / Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia

vi) Sijil-sijil lain yang berkaitan

vii) Sekeping gambar berukuran pasport

viii) Salinan Kad Pengenalan suami/isteri dan salinan Sijil Kelahiran anak-anak (bagi calon yang telah berkahwin) 

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 26 Mac 2023


Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)

Info PKPS

Lembaga Pinjaman Padi Negeri Selangor (LPPNS) telah ditubuhkan pada tahun 1966 dan berperanan untuk menebus tanah-tanah sawah, memberi pinjaman kepada petani-petani untuk membeli tanah-tanah sawah dan memberi pinjaman bagi pembelian jentera untuk kegunaan di sawah-sawah. LPPNS telah dibubar dan digantikan dengan penubuhan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS). PKPS ditubuhkan pada 2 Januari 1972 di bawah Enakmen No. 12 1972 (pindaan 1976,1982 dan 2005) dan bermula beroperasi pada 1 Mac 1973. PKPS bertanggungjawab untuk memajukan industri perladangan dan asas tani bagi meningkatkan pembangunan sosio ekonomi Negeri Selangor disamping menjalankan projek-projek komersil untuk faedah rakyat.

Walaupun nama telah ditukar namun aktiviti berkenaan penanaman padi masih diteruskan. Pada masa yang sama, PKPS turut terlibat dalam projek-projek pertanian komersil dan program pembangunan ladang kelapa sawit untuk rakyat negeri Selangor seperti Rancangan Revolusi Hijau Bukit Cherakah, Rancangan Tanah Terbiar Kachong Darat dan Rancangan Tanah Belia Busut. PKPS dalam tempoh 2010 hingga 2014 adalah ke arah mengembangkan aktiviti komersil dengan memperluaskan kawasan penanaman kelapa sawit, tanaman getah, pengeluaran buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, tembikai, betik, jambu batu, rambutan, pulasan dan lain-lain lagi. Projek ternakan ayam berteknologi tinggi, projek ternakan tenusu lembu dan projek ternakan ikan air tawar. Pengembangan aktiviti ini adalah sebagai sumbangan kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri Selangor.

Post a Comment