Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) - 18 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)


Jawatan:

1. JURUTERA J41 - 1 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,529.00
Gaji Maksimum : RM9,643.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Skim Perkhidmatan : Jurutera
Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
Gred Jawatan/gaji : J41
Taraf Lantikan : Kontrak 


Syarat Lantikan:

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia ;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan

(1) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 ; dan

(ii) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(b) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Syarat Permohonan:

(1) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui laman web https://eperjawatan.luas.gov.my. Sila rujuk 'manual pengguna' yang disediakan dalam talian.

(2) Penetapan pelantikan pegawai Perkhidmatan Awam di pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut ;

(a) Pemohon lahir di Negeri Selangor atau,

(b) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor atau,

(c) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun. Pembuktian bagi mana-mana syarat pada perenggan seperti maksud di atas hendaklah dikemukakan melalui dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.

(3) Setiap Pemohon perlu membeli No.Pin yang berharga RM10.00 bagi setiap jawatan. Pembayaran boleh dilakukan secara Tunai di Kaunter LUAS atau secara atas talian.

(4) Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga dan dimohon untuk membawa dokumen-dokumen asal seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil atau bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia, Sijil Kelulusan Persekolahan, Sijil Tamat Persekolahan, Ijazah/ Diploma dan transkrip/ Surat Pengesahan Kelulusan Akhir Peperiksaan daripada pusat-pusat pengajian, Sijilsijil lain yang berkaitan dengan jawatan serta Sijil kegiatan luar.

(5) Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan sesalinan rekod Kenyataan Perkhidmatan (Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan ; BRP) yang terkini dan salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang disahkan.

(6) Calon hendaklah menghantar sesalinan permohonan yang lengkap dicetak melalui laman web https://eperjawatan.luas.gov.my dan dokumen-dokumen sokongan seperti di perenggan empat (4) dan lima (5) kepada Unit Pengurusan Sumber Manusia LUAS pada atau sebelum tarikh tutup permohonan ke alamat seperti bawah :

Pengarah,
Lembaga Urus Air Selangor,
Tingkat 13, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

(7) Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak.

(8) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

(9) Pihak LUAS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang perbelanjaan calon untuk proses pelantikan jika berkaitan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 18 April 2023 (Selasa)





Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Latar Belakang

Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana.

Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

LUAS dilancarkan pada 18 September 1999, oleh Menteri Besar Selangor pada ketika itu, YAB Dato’ Seri (Dr) Hj. Abu Hassan Bin Hj. Omar yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah LUAS yang pertama. Ir. Hj. Rahmat bin Hj. Mohd Sharif, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah dilantik sebagai Pengarah LUAS yang pertama bermula pada 15 September 1999. LUAS mula beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2000 dengan pengambilan kakitangan ‘nukleus’ seramai 13 orang.

Post a Comment