Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Tourism Malaysia - 14 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Tourism Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Tourism Malaysia


Jawatan:

1. PEGAWAI PENYELIDIK (GRED E29)
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK, TOURISM MALAYSIA (KLIA)

Klasifikasi : Perkhidmatan Ekonomi (E)
Jadual Gaji : RM1,493.00 minimum
Taraf Jawatan : Kontrak
Lokasi : Bahagian Perancangan Strategik, Tourism Malaysia (KLIA)


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut;

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E29: RM1,493.00); atau

ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E29: RM1,493.00); atau

iii) Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E29: RM1,493.00); atau

iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E29: RM1,770.95); dan

v) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

vi) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai Diploma dalam bidang Statistik.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab:

(a) Menjalankan Kajian Pemergian Pelawat meliputi di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa dan pintu-pintu masuk utama Malaysia;

(b) Mengemaskini borang Kajian Pemergian Pelawat sebelum dihantar untuk diproses data;

(c) Memastikan borang dan laporan kajian pemergian pelawat dihantar dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu sekali dalam tempoh sebulan;

(d) Menjalankan kajian sokongan lain yang telah dijadualkan oleh Bahagian;

(e) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pegawai Penyelia dari semasa ke semasa.


Arahan Dan Cara Memohon

(a) Permohonan adalah secara dalam talian melalui HR Management System. Berikut adalah panduan bagi memohon :

i) Log in dipautan berikut; https://hr.tourism.gov.my/apps/recruitment/registration 

ii) Daftar pengguna > tetapkan kata laluan > aktifkan akaun (e-mel) > pilih menu Public Login
iii) Log masuk > pilih menu Resume > lengkapkan Resume > memuat naik dokumen-dokumen berdasarkan senarai semak yang dikemukakan

iv) Pilih jawatan yang ingin dimohon.

(b) Gambar yang dimuat naik hendaklah menggunakan gambar berukuran pasport terkini. Selain dari gambar pasport tidak dibenarkan.

(c) Bagi pemegang Diploma daripada Institut Pengajian Tinggi Swasta/Luar Negara, perlu mengemukakan sesalinan pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon boleh melayari laman web http://www2.mqa.gov.my/esisraf/

(d) Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 April 2023 (Jumaat) sebelum jam 5.30 petang.


Catatan Am

(a) Calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan secara rasmi.

(b) Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan selepas daripada tarikh iklan ditutup, permohonan tuan/puan adalah tidak berjaya.

(c) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut:

i) Puan Nor Ezlin Abdullah - 03-8891 8906
ii) Puan Adibah Mohd Basri - 03-8891 8962
iii) Cik Siti Salwah Othman - 03-8891 8908
iv) Puan Nor’Azila Roselan - 03-8891 8963


*Sila mohon melalui link yang admin sediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 14 April 2023 (Jumaat) sebelum jam 5.30 petang




Jawatan Kosong 2023 di Tourism Malaysia

Pengenalan

Jabatan Pelancongan mula ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Malaysia pada tahun 1959. Penglibatan sektor pelancongan dalam Rancangan Malaysia Ke-2 1971-1975 telah menekankan peri pentingnya peranan yang dimainkan industri pelancongan dalam ekonomi Negara.

Pada tahun 1980an, kerajaan telah menunjukkan sokongan kepada sektor pelancongan dengan penubuhan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pada tahun 1987.

Pada 20 Mei 1992, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan telah diberi nama baru iaitu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan atau lebih dikenali sebagai MoCAT.

Post a Comment