Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) - 5 Januari 2024

Jawatan Kosong 2023 di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)


Jawatan:

1. EKSEKUTIF PEROLEHAN - 1 Kekosongan

Syarat Lantikan:
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Bahan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai Himpunan Purata Nilai Mata (CGPA 3.00) yang cemerlang;
  • Keutamaan bagi yang berdaftar sebagai Juruukur Bahan Siswazah dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia.
  • Mempunyai minima tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang perolehan dan kontrak / sebutharga dan tender;
  • Lulus kursus/latihan dan/atau ujian yang ditetapkan oleh Syarikat;

Syarat Tambahan:
  • Keutamaan Anak Melaka atau pasangan atau ibu bapa berasal dari Melaka;
  • Tiada hubungan kekeluargaan (pasangan, ibu bapa, anak, adik-beradik termasuk ipar) dengan anggota yang bekerja di SAMB.

Bidang Tugas Utama:
  • Bertanggungjawab terhadap urusan perolehan dan kontrak Syarikat.
  • Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja penilaian ukur bahan ke atas pelan-pelan untuk tawaran, kontrak, penilaian kontrak dan lain-lain tugas berkaitan.
  • Bertanggungjawab memastikan polisi dan peraturan perolehan dipatuhi.
  • Bertanggungjawab melaksanakan analisa kos untuk perolehan dan kontrak.
  • Bertanggungjawab menyediakan terma dan syarat kontrak.
  • Bertanggungjawab membantu penyediaan anggaran dan kos kontrak.
  • Bertanggungjawab menjalankan kerjasama dengan pembekal dan pelanggan dalaman bagi meminimakan kos dan memaksimakan keberkesanan “supply chain”.


2. JURUTEKNIK - 3 Kekosongan

Syarat Lantikan:
  • Mempunyai Diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal / Instrumentasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai Himpunan Purata Nilai Mata (CGPA 3.00 dan ke atas) yang cemerlang.
  • Keutamaan bagi yang memiliki pengalaman dalam bidang pengurusan non-revenue water (NRW).
  • Lulus kursus / latihan dan / atau ujian yang ditetapkan oleh Syarikat.
  • Boleh bertugas / bertukar dimana lokasi ditetapkan oleh Syarikat.

Syarat Tambahan:
  • Keutamaan Anak Melaka atau pasangan atau ibu bapa berasal dari Melaka.
  • Tiada hubungan kekeluargaan (pasangan, ibu bapa, anak, adik-beradik termasuk ipar) dengan anggota yang bekerja di SAMB.

Bidang Tugas Utama:
  1. Bertanggungjawab dalam tugasan berkaitan mekanikal / instrumentasi.
  2. Bertanggungjawab memastikan kelancaran pelaksanaan tugasan dan projek serta perancangan berkaitan aspek mekanikal / instrumentasi.

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Jawatan Kosong 2021 di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)

Latar Belakang

Pada 1 Julai 2006, Perbadanan Air Melaka telah melalui satu transformasi iaitu dikorporatkan menjadi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Penswastaan ini diambil untuk mempertingkatkan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna negeri ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan melalui penswastaan.